Hosea 10:3-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Tidak lama lagi mereka akan berkata, “Kita tidak mempunyai raja kerana kita tidak takut kepada TUHAN. Apa gunanya seorang raja bagi kita?”

4. Mereka hanya mengucapkan kata-kata kosong dan membuat janji palsu serta mengikat perjanjian yang tidak berguna. Keadilan telah diputarbalikkan sehingga ketidakadilan menjalar di seluruh negeri bagaikan tanaman beracun di ladang yang telah dibajak.

5. Penduduk kota Samaria akan takut dan berkabung kerana kehilangan lembu emas di Betel. Mereka dan para imam yang mengabdikan diri kepada lembu emas akan menangis. Mereka akan meraung apabila kemuliaan patung berhala itu lenyap.

6. Berhala itu akan dibawa ke Asyur untuk dipersembahkan kepada raja yang agung. Israel akan dihina dan dipermalukan kerana nasihat yang telah diturutinya.

Hosea 10