13. Tetapi sebaliknya kamu menanam kejahatan dan menuai ketidakadilan. Kamu terpaksa makan hasil dusta kamu.Oleh sebab kamu mengharapkan kereta kuda kamu, dan tentera kamu yang besar,
14. maka kamu akan ditimpa peperangan dan segala kubu kamu akan dimusnahkan. Keadaannya akan menjadi seperti hari Raja Salman memusnahkan kota Bet-Arbel dalam peperangan, dan membinasakan ibu-ibu bersama dengan anak-anak mereka.
15. Hal itu akan berlaku kepada kamu, hai penduduk Betel, kerana kamu telah melakukan kejahatan yang besar. Sebaik sahaja peperangan bermula, raja Israel akan mati.”