6. Kemudian Gomer mengandung lagi dan melahirkan seorang anak perempuan. TUHAN berfirman kepada Hosea, “Namakanlah anak itu ‘Tidak Dikasihani’, sebab Aku tidak akan mengasihani atau mengampuni suku Israel lagi.
7. Tetapi Aku akan mengasihani suku Yehuda. Aku, TUHAN, Allah mereka akan menyelamatkan mereka, tetapi bukan dengan peperangan - bukan dengan pedang, atau busur dan panah, atau kuda dan penunggangnya.”
8. Selepas anak yang bernama “Tidak Dikasihani” cerai susu, Gomer mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki.
9. Lalu TUHAN berfirman kepada Hosea, “Namakanlah dia ‘Bukan Umat-Ku’, kerana orang Israel bukan umat-Ku, dan Aku bukan Allah mereka.”