Hakim-Hakim 7:24-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

24. Gideon mengutus orang ke seluruh perbukitan Efraim untuk menyampaikan seruan ini, “Mari turun untuk memerangi orang Midian. Pertahankanlah Sungai Yordan dan semua anak sungai sampai ke Bet-Bara. Jangan biarkan orang Midian menyeberang di sana.” Suku Efraim dikerah, lalu mereka mempertahankan Sungai Yordan dan semua anak sungai sampai ke Bet-Bara.

25. Mereka menangkap dua orang penguasa Midian, iaitu Oreb dan Zeeb. Mereka membunuh Oreb di Batu Oreb, dan membunuh Zeeb di tempat memeras anggur di Zeeb. Orang Efraim terus mengejar orang Midian, lalu membawa kepala Oreb dan Zeeb kepada Gideon di sebelah timur Sungai Yordan.

Hakim-Hakim 7