Hakim-Hakim 4:17-20 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. Sementara itu Sisera melarikan diri ke khemah Yael, isteri Heber, orang Keni itu, kerana Raja Yabin dari Hazor, bersahabat dengan keluarga Heber.

18. Ketika Sisera tiba, Yael menyambut dia dan berkata, “Tuan, masuklah ke dalam khemah saya. Tak usah takut.” Sisera masuk, lalu Yael menyembunyikan dia di belakang tirai.

19. Sisera berkata kepada Yael, “Tolong beri saya sedikit air minum. Saya haus.” Yael membuka kirbat kulitnya yang mengandungi susu, lalu memberi Sisera minum. Kemudian Yael menyembunyikan Sisera lagi.

20. Setelah itu, Sisera memberitahu Yael, “Berdirilah di pintu khemah. Sekiranya ada orang datang dan bertanya jika ada sesiapa di sini, katakanlah tidak ada.”

Hakim-Hakim 4