16. Barak mengejar kereta kuda dan tentera musuh sampai ke Haroset-Hagoyim. Seluruh angkatan tentera Sisera dibunuh; tiada seorang pun yang dibiarkan hidup.
17. Sementara itu Sisera melarikan diri ke khemah Yael, isteri Heber, orang Keni itu, kerana Raja Yabin dari Hazor, bersahabat dengan keluarga Heber.
18. Ketika Sisera tiba, Yael menyambut dia dan berkata, “Tuan, masuklah ke dalam khemah saya. Tak usah takut.” Sisera masuk, lalu Yael menyembunyikan dia di belakang tirai.