1. Selepas Ehud meninggal, umat Israel berdosa lagi terhadap TUHAN.
2. Oleh itu TUHAN membiarkan mereka dikalahkan oleh Raja Yabin, raja orang Kanaan yang memerintah di kota Hazor. Panglima tenteranya ialah Sisera, yang tinggal di Haroset-Hagoyim.
3. Raja Yabin mempunyai sembilan ratus buah kereta kuda daripada besi. Baginda menjajah umat Israel dengan kejam dan ganas selama dua puluh tahun. Kemudian umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN.