9. Inilah yang akan kita lakukan: Kita akan mengundi untuk menentukan orang yang harus menyerang Gibea.
10. Sepuluh peratus daripada jumlah lelaki Israel harus menyediakan makanan untuk askar-askar yang pergi bertempur. Sedangkan yang lainnya harus menghukum Gibea kerana kejahatan yang telah dilakukan mereka antara umat Israel.”
11. Demikianlah umat Israel bersatu untuk menyerang kota itu.
12. Umat Israel mengutus beberapa orang ke seluruh wilayah Benyamin untuk menyampaikan berita ini, “Kejahatan apakah yang berlaku antara kamu?
13. Serahkanlah semua orang yang sumbang laku dari Gibea itu supaya kami membunuh mereka dan membasmi kejahatan itu dari Israel.” Tetapi orang Benyamin tidak mempedulikan kata-kata umat Israel yang lain itu.
14. Malah orang Benyamin datang ke Gibea dari semua kota Benyamin untuk memerangi umat Israel yang lain.
17. Pada pihak orang Israel lain, sebanyak 400,000 orang askar yang terlatih sudah berkumpul.
18. Umat Israel pergi ke tempat ibadat di Betel dan bertanya kepada Allah, “Suku manakah yang patut mula-mula menyerang orang Benyamin?”TUHAN menjawab, “Suku Yehuda.”
19. Umat Israel berangkat esok paginya dan berkhemah dekat kota Gibea.
20. Mereka pergi menyerang tentera Benyamin, dan menempatkan angkatan perang berhadapan dengan kota itu.
21. Tentera Benyamin keluar dari kota Gibea, lalu menyerang dan membunuh 22,000 orang askar Israel pada hari itu.
24. Mereka pergi menyerang tentera Benyamin untuk kali kedua.
25. Untuk kali kedua pula orang Benyamin keluar dari Gibea lalu menyerang orang Israel. Kali ini mereka membunuh 18,000 orang askar Israel yang terlatih.
26. Sekali lagi umat Israel pergi ke Betel dan menangis di hadapan TUHAN. Mereka berpuasa di sana sehingga malam. Mereka mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN.