1. Segenap umat Israel dari Dan di sebelah utara, sampai ke Bersyeba di sebelah selatan, dan juga dari Gilead di sebelah timur, menyahut panggilan itu. Mereka berkumpul sebagai satu umat di hadapan TUHAN di Mizpa.
10. Sepuluh peratus daripada jumlah lelaki Israel harus menyediakan makanan untuk askar-askar yang pergi bertempur. Sedangkan yang lainnya harus menghukum Gibea kerana kejahatan yang telah dilakukan mereka antara umat Israel.”
11. Demikianlah umat Israel bersatu untuk menyerang kota itu.
12. Umat Israel mengutus beberapa orang ke seluruh wilayah Benyamin untuk menyampaikan berita ini, “Kejahatan apakah yang berlaku antara kamu?
13. Serahkanlah semua orang yang sumbang laku dari Gibea itu supaya kami membunuh mereka dan membasmi kejahatan itu dari Israel.” Tetapi orang Benyamin tidak mempedulikan kata-kata umat Israel yang lain itu.
14. Malah orang Benyamin datang ke Gibea dari semua kota Benyamin untuk memerangi umat Israel yang lain.
15-16. Pada hari itu orang Benyamin mengumpulkan sebanyak 26,000 orang askar dari kota-kota mereka. Penduduk Gibea pula memilih 700 orang lelaki yang kidal. Tiap-tiap orang itu cekap menghumban batu dengan menggunakan penghumban. Jika mereka menghumban, tidak pernah meleset sedikit pun walau sehelai rambut.