Hakim-Hakim 19:3-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. orang Lewi itu pergi menyusul gundiknya dan cuba memujuk dia kembali kepadanya. Orang Lewi itu membawa seorang hamba dan dua ekor keldai bersama-samanya. Setiba di sana, gundiknya itu membawa dia kepada bapanya. Ketika bapa perempuan itu nampak orang Lewi itu, dia menyambutnya dengan mesra,

4. lalu mendesaknya supaya jangan pulang. Orang Lewi itu tinggal di situ selama tiga hari dan makan minum serta bermalam di situ dengan gundiknya.

5. Pada pagi hari keempat, mereka bangun pagi-pagi hendak berangkat. Tetapi bapa perempuan itu berkata kepada orang Lewi itu, “Makanlah dahulu sebelum kamu pergi. Kamu akan berasa lebih bertenaga. Selepas itu bolehlah kamu berangkat.”

6. Oleh itu orang Lewi itu duduk, lalu makan dan minum bersama-sama bapa perempuan itu. Kemudian bapa perempuan itu berkata, “Tinggallah semalam lagi dan bersenang-senanglah.”

Hakim-Hakim 19