Hakim-Hakim 19:23-27 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

23. Orang tua itu keluar dan berkata kepada mereka, “Tolonglah, saudara-saudara. Janganlah lakukan perbuatan jahat itu! Orang ini tetamu saya.

24. Nanti saya akan memberikan gundiknya dan anak dara saya sendiri. Ambillah mereka. Puaskanlah diri kamu dengan mereka. Tetapi janganlah lakukan perbuatan jahat itu terhadap tetamu saya!”

25. Tetapi kerana mereka tetap mendesak, orang Lewi itu menolak gundiknya keluar untuk mereka. Kemudian mereka memperkosa perempuan itu dengan tidak henti-henti sehingga pagi.

26. Pada waktu subuh perempuan itu kembali, tetapi di depan pintu rumah orang tua itu, tempat suaminya menginap, dia jatuh. Dia masih di situ apabila matahari terbit.

27. Pagi itu, ketika suaminya bangun dan membuka pintu untuk berangkat, dia mendapati gundiknya tergeletak di depan pintu dengan tangannya berpegang pada pintu.

Hakim-Hakim 19