Hakim-Hakim 1:8-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Orang Yehuda menyerang Yerusalem, lalu merebut dan membakar kota itu, serta membunuh penduduknya.

9. Selepas itu mereka berperang dengan orang Kanaan yang tinggal di kawasan perbukitan, di kaki-kaki bukit, dan di kawasan tanah gersang di sebelah selatan.

10. Orang Yehuda menyerang orang Kanaan yang tinggal di kota Hebron, yang dahulu dinamakan Kiryat-Arba. Di situ mereka mengalahkan puak Sesai, Ahiman, dan Talmai.

11. Dari Hebron, orang Yehuda menyerang kota Debir, yang pada waktu itu dinamakan Kiryat-Sefer.

12. Salah seorang daripada suku Yehuda itu, yang bernama Kaleb berkata, “Aku akan mengahwinkan anak perempuanku, Akhsa, dengan orang yang berjaya merebut Kiryat-Sefer.”

13. Otniel, anak kepada adik lelaki Kaleb yang bernama Kenas, berjaya merebut kota itu. Oleh itu Kaleb mengahwinkan anak perempuannya, Akhsa, dengan Otniel.

14. Pada hari perkahwinan mereka, Otniel mendesak Akhsa meminta sebidang tanah daripada bapanya. Akhsa turun dari keldainya, lalu Kaleb menanyai dia apa yang dikehendakinya.

15. Akhsa menjawab, “Tanah yang ayah berikan kepada saya itu gersang. Berilah saya juga beberapa mata air.” Oleh itu Kaleb memberi dia mata air di sebelah hulu dan mata air di sebelah hilir.

16. Keturunan bapa mentua Musa, iaitu orang Keni, berangkat bersama-sama suku Yehuda dari Yerikho, kota pokok kurma. Kemudian mereka pergi ke tanah gersang di sebelah selatan Arad di wilayah Yehuda. Mereka tinggal di situ di kalangan orang Amalek.

17. Kemudian suku Yehuda bersama dengan suku Simeon pergi menyerang dan mengalahkan orang Kanaan yang tinggal di kota Zefat. Mereka mengutuk kota itu dan memusnahkannya, lalu menamakannya Horma.

20. Sebagaimana yang diperintahkan Musa, Hebron diberikan kepada Kaleb, kerana dahulu tiga puak keturunan Enak telah diusir oleh Kaleb dari kota itu.

21. Tetapi suku Benyamin tidak berjaya mengusir orang Yebusi dari Yerusalem. Itulah sebabnya orang Yebusi masih tinggal di sana bersama-sama orang Benyamin.

24. berjumpa dengan seorang lelaki yang datang dari kota itu. Mereka berkata kepadanya, “Tolong tunjukkan jalan masuk ke kota ini, dan kami akan memperlakukan kamu dengan baik.”

25. Lelaki itu menunjukkan jalan masuk ke kota itu kepada mereka. Kemudian orang daripada suku Efraim dan suku Manasye memasuki kota itu dan membunuh semua penduduknya, kecuali lelaki itu dan keluarganya.

26. Kemudian lelaki itu berpindah ke negeri orang Het dan membina sebuah kota di sana. Dia menamakan kota itu Lus; kota itu masih bernama demikian.

Hakim-Hakim 1