Hakim-Hakim 1:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Selepas Yosua meninggal, umat Israel bertanya kepada TUHAN, “Ya TUHAN, suku yang manakah harus pertama pergi menyerang orang Kanaan?”

2. TUHAN menjawab, “Suku Yehuda. Aku akan memberi mereka kuasa untuk merebut negeri itu.”

3. Suku Yehuda berkata kepada suku Simeon, “Bantulah kami memerangi orang Kanaan dan menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kami. Selepas itu kami pula akan membantu kamu menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kamu.” Oleh itu suku Simeon

4. pergi berperang bersama dengan suku Yehuda. TUHAN memberi mereka kemenangan atas orang Kanaan dan orang Feris. Mereka mengalahkan sepuluh ribu orang askar di Bezek.

5. Mereka menjumpai Raja Adoni-Bezek, dan menyerang baginda.

6. Raja Adoni-Bezek melarikan diri, tetapi mereka mengejar dan menangkap baginda. Mereka memotong ibu jari tangan dan ibu jari kakinya.

7. Raja Adoni-Bezek bertitah, “Dahulu beta memotong ibu jari tangan dan ibu jari kaki tujuh puluh orang raja, dan mereka memungut sisa makanan di bawah meja beta. Sekarang Allah memperlakukan beta seperti beta memperlakukan mereka.” Kemudian Raja Adoni-Bezek dibawa ke Yerusalem, lalu baginda mangkat di sana.

18-19. TUHAN menolong suku Yehuda sehingga mereka berjaya menduduki kawasan perbukitan. Tetapi mereka tidak berjaya merebut kota Gaza, Askelon, dan Ekron, serta kawasan di sekitar semua kota itu. Suku Yehuda tidak berjaya mengusir penduduk yang tinggal di sepanjang pantai itu, kerana penduduk di sana mempunyai kereta kuda yang dibuat daripada besi.

22-23. Suku Efraim dan suku Manasye menyerang kota Betel, yang ketika itu bernama Lus. TUHAN menolong mereka. Pengintip-pengintip yang diutus ke kota itu,

Hakim-Hakim 1