1. Pada tahun kedua pemerintahan Darius sebagai raja Persia, pada hari pertama bulan keenam, TUHAN berfirman melalui Nabi Hagai. Perkhabaran TUHAN itu ditujukan kepada Zerubabel anak Sealtiel, gabenor Yehuda, dan juga kepada Imam Agung Yosua anak Yozadak.
2. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada Hagai, “Bangsa ini berkata bahawa belum masanya untuk membina semula Rumah-Ku.”
3. Kemudian dengan perantaraan Nabi Hagai, TUHAN berfirman kepada umat-Nya,
4. “Hai umat-Ku, mengapa kamu tinggal di dalam rumah mewah, sedangkan Rumah-Ku masih reruntuhan?