13. Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.
14. Tetapi kamu sudah menolong aku dalam kesusahanku; perbuatan kamu itu baik.
15. Kamu yang tinggal di Filipi benar-benar tahu bahawa ketika aku meninggalkan Makedonia, pada waktu aku mula mengkhabarkan Berita Baik di situ, kamulah satu-satunya jemaah yang menolong aku. Hanya kamu yang mengalami untung rugi bersama-sama aku.
16. Semasa aku di Tesalonika dan memerlukan bantuan, lebih daripada sekali kamu mengirim bantuan kepadaku.