55-57. Puak hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan:Sotai, Soferet, Peruda,Yaala, Darkon, Gidel,Sefaca, Hatil, Pokheret-Hazebaim, dan Ami.
58. Jumlah keturunan pekerja Rumah TUHAN dan hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan ialah 392 orang.
59-60. Semua orang yang berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, berjumlah 652 orang. Mereka termasuk puak Delaya, Tobia dan Nekoda, tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.
61-62. Puak-puak imam yang berikut ini tidak dapat mencari catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Nenek moyang Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan keturunan puak Barzilai dari Gilead, dan kemudian menggunakan nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam.