Ezra 10:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Sambil menangis Ezra bersujud untuk berdoa dan mengaku dosa di hadapan Rumah TUHAN. Sementara itu banyak orang Israel - lelaki, perempuan, dan kanak-kanak - datang berkumpul di sekelilingnya; mereka juga menangis tersedu-sedu.

2. Kemudian Sekhanya anak Yehiel, seorang daripada puak Elam, berkata kepada Ezra, “Kami telah berdosa terhadap TUHAN kerana berkahwin dengan perempuan asing. Walaupun demikian, masih ada harapan bagi Israel.

3. Marilah kita bersumpah kepada Allah bahawa kita akan mengusir semua perempuan itu dan anak-anak mereka. Kami akan menurut nasihat tuan dan nasihat orang yang menjunjung perintah Allah. Kami akan taat kepada Taurat Allah.

4. Bertindaklah kerana itulah tanggungjawab tuan. Kami akan menyokong tuan dengan sepenuhnya. Bertindaklah dengan tegas sehingga perkara itu selesai.”

31-32. Puak Harim: Eliezer, Yisia, Malkia, Semaya, Simeon, Benyamin, Malukh, dan Semarya.

34-37. Puak Bani: Maadai, Amram, Uel, Benaya, Bedeya, Keluhu, Wanya, Meremot, Elyasib, Matanya, Matnai, dan Yaasai.

38-42. Puak Binui: Simei, Selemya, Natan, Adaya, Makhnadbai, Sasai, Sarai, Azareel, Selemya, Semarya, Salum, Amarya, dan Yusuf.

Ezra 10