2. Di kawasan orang Yahudi di tiap-tiap kota, orang Yahudi berkumpul dan menyerang siapa sahaja yang cuba mencederakan mereka. Bangsa-bangsa di mana sahaja takut kepada mereka sehingga tidak seorang pun berani menentang mereka.
3. Bahkan semua pembesar wilayah - gabenor, pentadbir, dan wakil diraja - menyokong orang Yahudi kerana mereka takut kepada Mordekhai.
4. Di seluruh kerajaan itu, orang tahu bahawa Mordekhai seorang yang berkuasa di istana, dan bahawa kuasanya semakin bertambah.
5. Oleh itu, orang Yahudi dapat berbuat apa sahaja terhadap musuh mereka. Orang Yahudi menyerang dengan pedang serta membunuh mereka.
6. Di Susan sahaja, di ibu kota itu, orang Yahudi membunuh sebanyak 500 orang.
11. Pada hari itu juga, bilangan orang yang dibunuh di Susan dilaporkan kepada raja.
12. Raja memberitahu Permaisuri Ester, “Di Susan sahaja orang Yahudi sudah membunuh 500 orang, termasuk sepuluh orang anak lelaki Haman. Betapa dahsyat lagi pembunuhan yang mungkin berlaku di wilayah-wilayah! Sekarang apa lagi keinginan adinda? Katakanlah, beta akan memberikannya kepada adinda.”
13. Ester berkata, “Jika tuanku berkenan, benarkanlah orang Yahudi di Susan melakukan lagi pada hari esok apa yang dilakukan mereka hari ini. Hendaklah mayat anak-anak lelaki Haman itu digantung pada tiang penggantungan.”
14. Raja memberikan perintah untuk melaksanakan permintaan Ester. Surat perintah dikeluarkan di Susan dan mayat kesemua anak lelaki Haman digantung.
15. Pada hari keempat belas bulan Adar, orang Yahudi di Susan berkumpul semula dan membunuh sebanyak 300 orang lagi di kota itu. Kali ini juga mereka tidak merampas harta orang.