10. Surat-surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimeterai dengan cincin meterai diraja. Lalu Mordekhai menyuruh para utusan menghantar surat-surat itu ke seluruh wilayah kerajaan dengan menunggang kuda pantas kepunyaan raja.
11. Surat-surat itu membenarkan orang Yahudi di tiap-tiap kota untuk membela diri. Jika mereka, isteri dan anak mereka diserang di wilayah mana-mana pun oleh orang bersenjata daripada bangsa apa pun, mereka dibenarkan melawan dan membinasakan musuh itu. Mereka dibenarkan membunuh musuh sampai habis serta merampas harta musuh itu.
12. Titah itu dikuatkuasakan di seluruh Kerajaan Persia pada hari yang telah ditentukan bagi pembunuhan orang Yahudi, iaitu pada hari ketiga belas bulan kedua belas, iaitu bulan Adar.