Ester 6:6-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Haman datang menghadap, dan raja berkata kepadanya, “Ada seorang yang hendak beta berikan penghormatan. Apakah yang harus beta buat baginya?”Haman berfikir, “Tentu akulah yang akan diberikan penghormatan oleh raja. Tidak mungkin ada sesiapa lagi.”

9. Kemudian perintahlah agar seorang pembesar negara daripada golongan bangsawan mengenakan pakaian itu pada orang itu, dan mengarak orang itu dengan menunggang kuda tuanku melalui lapangan kota. Hendaklah pembesar itu berjalan di hadapannya sambil berseru, ‘Lihat, demikianlah raja memberikan penghargaan kepada orang yang dihormatinya!’ ”

10. Selepas itu raja berkata kepada Haman, “Cepatlah! Ambillah pakaian dan kuda beta, dan berikanlah segala kehormatan itu kepada Mordekhai orang Yahudi itu. Lakukanlah baginya segala yang sudah kamu cadangkan itu, tanpa mengurangkan satu pun. Dia sedang duduk di hadapan pintu gerbang istana.”

Ester 6