Ester 6:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Pada malam itu juga raja tidak dapat beradu. Oleh itu, raja minta supaya catatan rasmi kerajaan diambil dan raja menyuruh orang membacakannya.

2. Bahagian yang dibaca termasuk catatan bahawa Mordekhai sudah melaporkan komplot pembunuhan raja, yang dirancang oleh Bigtan dan Teres, dua orang sida-sida yang menjaga bilik-bilik raja.

3. Raja bertanya, “Sudahkah kita menghormati serta membalas jasa Mordekhai itu?”Para pelayan raja menjawab, “Belum tuanku. Dia tidak menerima apa-apa!”

Ester 6