Efesus 4:21-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

21. Kamu tentu sudah diberitahukan tentang Dia. Sebagai pengikut-Nya kamu telah menerima ajaran benar tentang Yesus.

22. Oleh itu, buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu. Cara hidup itu membinasakan kamu, kerana kamu dikuasai keinginan yang menyesatkan.

23. Hati dan fikiran kamu haruslah dibaharui seluruhnya.

Efesus 4