Daniel 9:11-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Semua umat Israel telah melanggar hukum-Mu dan tidak mahu mendengarkan Engkau. Kami telah berdosa terhadap-Mu. Kami berdosa terhadap Engkau, oleh itu Engkau menghukum kami dengan kutukan yang tertulis dalam Taurat Musa, hamba-Mu itu.

12. Engkau telah melaksanakan ancaman-Mu terhadap kami dan penguasa-penguasa kami. Engkau menghukum Yerusalem lebih dahsyat daripada kota-kota lain di dunia.

13. Engkau menghukum kami menurut semua yang tertulis dalam Taurat Musa. Bahkan sekarang pun, ya TUHAN, Allah kami, kami tidak berusaha untuk menyenangkan hati-Mu. Kami tidak bertaubat daripada dosa kami atau menurut ajaran-Mu yang benar.

14. Engkau bersedia menghukum kami, ya TUHAN, Allah kami, dan Engkau sudah pun menghukum kami. Apa yang Engkau lakukan memang adil kerana kami tidak mendengarkan Engkau.

Daniel 9