Daniel 3:5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)
Kamu akan mendengar bunyi trompet, diikuti oleh permainan seruling, rebab, gambus, kecapi, dan alat-alat muzik yang lain. Sebaik sahaja muzik bermula, hendaklah kamu sujud dan menyembah patung emas yang telah didirikan oleh Raja Nebukadnezar.