Bilangan 35:11-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. pilihlah beberapa buah kota perlindungan, supaya sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja, dapat lari ke kota itu.

12. Di situ dia akan selamat daripada sanak saudara orang yang terbunuh, yang mahu membalas dendam. Seseorang yang dituduh membunuh orang, tidak boleh dihukum mati sehingga orang itu diadili di hadapan orang ramai.

13. Pilihlah enam buah kota perlindungan,

14. tiga buah di sebelah timur Sungai Yordan dan tiga buah lagi di tanah Kanaan.

15. Kota-kota itu akan menjadi kota perlindungan bagi orang Israel dan orang asing yang menumpang ataupun yang menetap di tanah itu. Sesiapa yang sudah membunuh orang dengan tidak sengaja, boleh lari ke salah satu kota perlindungan itu.

16-18. Tetapi jika seseorang menggunakan senjata besi, atau senjata batu, atau senjata kayu untuk membunuh orang, dia bersalah dan mesti dihukum mati.

19. Saudara terdekat orang yang mati itu bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman mati itu. Apabila saudara itu menemui si pembunuh, dia harus membunuh orang itu.

20. Jika seseorang membenci seorang lain lalu membunuhnya dengan membanting dia, atau dengan melemparkan sesuatu kepadanya,

21. ataupun dengan menumbuknya, orang itu adalah pembunuh dan mesti dihukum mati. Saudara terdekat orang yang mati itu bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman mati kepada pembunuh itu. Apabila saudara itu menemui si pembunuh, dia harus membunuh orang itu.

22. Tetapi jika dengan tidak sengaja, seseorang membunuh orang yang tidak dibencinya, sama ada dengan membanting dia ataupun dengan melemparkan sesuatu kepadanya;

23. atau jika seseorang melempar batu dengan tidak melihat, lalu batu itu membunuh seseorang, tetapi orang itu tidak bermaksud untuk membunuh, dan orang yang terbunuh itu pun bukan musuhnya,

Bilangan 35