Bilangan 33:14-40 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. dan kemudian di Rafidim, tetapi di sana tidak ada air minum.

15-37. Dalam perjalanan mereka dari Rafidim ke Gunung Hor, mereka berkhemah di tempat-tempat berikut: Gurun Sinai, Kibrot-Taawa (atau “Kuburan Kerakusan”), Hazerot, Ritma, Rimon-Peres, Libna, Risa, Kehelata, Gunung Syafer, Harada, Makhelot, Tahat, Tarah, Mitka, Hasmona, Moserot, Bene-Yaakan, Hor-Gidgad, Yotbata, Abrona, Ezion-Geber, padang gurun Zin (iaitu Kades), dan Gunung Hor di sempadan tanah Edom.

38-39. Imam Harun naik ke Gunung Hor menurut perintah TUHAN. Di situ Harun meninggal ketika berumur 123 tahun, pada hari pertama bulan kelima, tahun yang keempat puluh setelah umat Israel meninggalkan Mesir.

40. Sementara itu raja negeri Arad, di Tanah Negeb, di bahagian selatan Kanaan mendapat khabar bahawa umat Israel sedang menuju ke negerinya.

Bilangan 33