Bilangan 32:22-30 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3-4. “Kota-kota yang diduduki umat kita dengan pertolongan TUHAN, sangat baik untuk penternakan, iaitu kota Atarot, Dibon, Yaezer, Nimra, Hesybon, Eleale, Sebam, Nebo, dan Beon. Oleh sebab kami mempunyai sangat banyak ternakan,

22. lalu merebut tanah itu. Selepas itu kamu boleh pulang, kerana kamu sudah menunaikan kewajipan kamu terhadap TUHAN dan sesama bangsa kamu orang Israel. Oleh itu TUHAN akan mengakui bahawa tanah di sebelah timur Sungai Yordan ini milik kamu.

23. Tetapi jika kamu tidak menepati janji, ingatlah bahawa kamu berdosa terhadap TUHAN. Sesungguhnya, kamu akan dihukum kerana dosa kamu itu.

24. Pergilah bina kota kamu dan kandang untuk domba kamu, tetapi tepatilah janji kamu itu!”

25. Orang daripada suku Gad dan suku Ruben berkata, “Tuan, kami akan menurut perintah tuan.

26. Anak isteri kami serta lembu dan domba kami akan tinggal di sini, di kota-kota Gilead.

27. Tetapi kami bersedia berperang demi perintah TUHAN. Kami akan menyeberangi Sungai Yordan dan bertempur seperti yang sudah tuan katakan.”

28. Oleh itu Musa memberikan perintah ini kepada Imam Eleazar, Yosua, dan para pemimpin Israel yang lain, katanya,

29. “Jika orang Gad dan orang Ruben menyeberang Sungai Yordan dan bersedia berperang demi perintah TUHAN, dan jika dengan pertolongan mereka, kamu berjaya menakluki tanah itu, berilah mereka tanah Gilead sebagai pusaka mereka.

30. Tetapi jika mereka tidak menyeberang Sungai Yordan untuk berperang bersama-sama kamu, mereka hanya menerima bahagian tanah di Kanaan, sama seperti kamu.”

Bilangan 32