3-4. “Kota-kota yang diduduki umat kita dengan pertolongan TUHAN, sangat baik untuk penternakan, iaitu kota Atarot, Dibon, Yaezer, Nimra, Hesybon, Eleale, Sebam, Nebo, dan Beon. Oleh sebab kami mempunyai sangat banyak ternakan,
17. Setelah itu kami bersedia mengikut sesama bangsa kami maju berperang. Kami akan memimpin serangan itu sehingga kami membantu mereka menetap di tanah yang menjadi milik mereka. Sementara itu anak isteri kami dapat tinggal di sini, di dalam kota-kota yang bertembok dan selamat daripada serangan penduduk negeri ini.
18. Kami tidak akan kembali ke rumah sebelum semua orang Israel mempunyai tanah sebagai milik pusaka.
19. Kami tidak akan mengambil sedikit pun daripada tanah di seberang Sungai Yordan, kerana kami sudah menerima bahagian kami di sebelah timur Sungai Yordan.”
20. Musa menjawab, “Jika kamu sungguh-sungguh menepati janji kamu, bersedialah untuk berperang bagi TUHAN.
21. Semua orang kamu yang dapat berperang harus menyeberang Sungai Yordan; demi perintah TUHAN, mereka harus menyerang musuh kita sehingga TUHAN mengalahkan musuh,
22. lalu merebut tanah itu. Selepas itu kamu boleh pulang, kerana kamu sudah menunaikan kewajipan kamu terhadap TUHAN dan sesama bangsa kamu orang Israel. Oleh itu TUHAN akan mengakui bahawa tanah di sebelah timur Sungai Yordan ini milik kamu.
23. Tetapi jika kamu tidak menepati janji, ingatlah bahawa kamu berdosa terhadap TUHAN. Sesungguhnya, kamu akan dihukum kerana dosa kamu itu.
24. Pergilah bina kota kamu dan kandang untuk domba kamu, tetapi tepatilah janji kamu itu!”
25. Orang daripada suku Gad dan suku Ruben berkata, “Tuan, kami akan menurut perintah tuan.
26. Anak isteri kami serta lembu dan domba kami akan tinggal di sini, di kota-kota Gilead.
27. Tetapi kami bersedia berperang demi perintah TUHAN. Kami akan menyeberangi Sungai Yordan dan bertempur seperti yang sudah tuan katakan.”
28. Oleh itu Musa memberikan perintah ini kepada Imam Eleazar, Yosua, dan para pemimpin Israel yang lain, katanya,
29. “Jika orang Gad dan orang Ruben menyeberang Sungai Yordan dan bersedia berperang demi perintah TUHAN, dan jika dengan pertolongan mereka, kamu berjaya menakluki tanah itu, berilah mereka tanah Gilead sebagai pusaka mereka.
30. Tetapi jika mereka tidak menyeberang Sungai Yordan untuk berperang bersama-sama kamu, mereka hanya menerima bahagian tanah di Kanaan, sama seperti kamu.”
31. Orang daripada suku Gad dan suku Ruben menjawab, “Tuan, kami akan menurut perintah TUHAN.
32. Demi perintah TUHAN, kami akan menyeberang sungai dan pergi ke tanah Kanaan. Kami akan pergi berperang supaya tanah di sebelah timur Sungai Yordan ini tetap menjadi milik kami.”
33. Kemudian Musa menyerahkan seluruh wilayah Raja Sihon, raja orang Amori itu dan juga wilayah Raja Og, raja negeri Basan, termasuk semua kota dan tanah di sekelilingnya kepada suku Gad serta suku Ruben, dan juga kepada separuh suku Manasye.