Bilangan 29:18-19-30-31 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan dan tujuh ekor domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau asap korban itu menyenangkan hati TUHAN.

3. Persembahkanlah juga korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu korban berupa tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram tepung untuk lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan,

18-19. Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

20. Pada hari ketiga, persembahkanlah sebelas ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

21-22. Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban yang ditetapkan untuk hari pertama.

23. Pada hari keempat, persembahkanlah sepuluh ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, dan empat belas ekor domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

24-25. Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

26. Pada hari kelima, persembahkanlah sembilan ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

27-28. Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

29. Pada hari keenam, persembahkanlah lapan ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

30-31. Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

Bilangan 29