Bilangan 26:54-56-62 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Hezron, dan Karmi.

7. Kaum lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 43,730 orang.

8. Anak Palu ialah Eliab,

9. dan anak-anak Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram telah dipilih oleh puak itu sebagai pemimpin masyarakat, tetapi mereka menentang Musa dan Harun. Datan dan Abiram berpihak kepada pengikut-pengikut Korah ketika mereka memberontak terhadap TUHAN.

54-56. Bahagikanlah tanah itu dengan membuang undi. Berikanlah bahagian yang besar kepada suku yang besar, dan bahagian yang kecil kepada suku yang kecil.”

57. Suku Lewi terdiri daripada puak Gerson, Kehat, dan Merari.

58. Dalam keturunan mereka termasuk puak Libni, Hebron, Mahli, Musi, dan Korah. Kehat ialah bapa Amram.

59. Amram berkahwin dengan Yokhebed, anak perempuan Lewi. Yokhebed lahir di Mesir. Amram dan Yokhebed mempunyai dua orang anak lelaki, Harun dan Musa, serta seorang anak perempuan bernama Miryam.

60. Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.

61. Nadab dan Abihu meninggal ketika mereka mempersembahkan api yang tidak dikehendaki TUHAN.

62. Orang lelaki daripada suku Lewi yang berumur satu bulan ke atas berjumlah 23,000 orang. Mereka didaftarkan berasingan dengan orang Israel lain kerana mereka tidak mendapat tanah pusaka di tanah Israel.

Bilangan 26