1. Pada masa itu Bileam sudah tahu bahawa TUHAN mahu dia memberkati umat Israel. Oleh sebab itu dia tidak lagi mencari petanda-petanda seperti yang dilakukannya sebelum itu. Dia melihat ke arah padang gurun,
2. lalu nampak umat Israel berkhemah dalam kelompok menurut suku masing-masing. Roh Allah menguasai Bileam,
3. lalu dia mengucapkan nubuat ini,“Inilah perkhabaran Bileam anak Beor,ucapan seorang yang melihat dengan jelas,
4. seorang yang mendengar firman Allah.Hamba nampak penglihatan daripada Allah Yang Maha Kuasa,sambil rebah, namun dengan mata terbuka.
5. Khemah-khemah Israel sungguh indah,
6. seperti barisan panjang pokok kurma,atau seperti taman di pinggir sungai;seperti pokok gaharu yang ditanam oleh TUHAN,atau seperti pokok sedar di tepi air.
7. Mereka akan mendapat air hujan berlimpah-limpah,dan menanam benih di ladang yang cukup air.Raja mereka lebih agung daripada Raja Agag,dan kerajaan baginda akan diluaskan.
8. Allah membawa mereka keluar dari Mesir;Dia berperang bagi mereka seperti lembu liar.Mereka membinasakan musuh,menghancurkan tulang mereka,dan mematahkan panah mereka.