Bilangan 22:5-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. mengirim utusan untuk memanggil Bileam anak Beor, yang ketika itu tinggal di Petor dekat Sungai Efrat, di tanah Amau. Mereka disuruh menyampaikan pesan Balak ini kepada Bileam, “Satu bangsa sudah datang dari Mesir, dan sekarang umat itu berada di merata-rata tempat serta mengancam untuk merebut tanah kami.

6. Mereka lebih kuat daripada kami. Oleh sebab itu datanglah untuk mengutuk mereka bagi beta, supaya mudah-mudahan kami dapat mengalahkan mereka dan mengusir mereka dari tanah kami. Beta tahu bahawa orang yang kamu berkati akan mendapat berkat, dan orang yang kamu kutuk akan mendapat kutuk.”

7. Maka para pemimpin orang Moab dan orang Midian membawa upah untuk Bileam supaya dia mengutuk umat Israel. Setelah mereka datang kepada Bileam, mereka menyampaikan pesan Raja Balak kepadanya.

8. Tetapi Bileam menjawab, “Bermalamlah di sini. Esok saya akan memberitahu kamu pesan TUHAN kepada saya.” Kemudian para pemimpin Moab itu menginap di tempat Bileam.

9. Allah datang kepada Bileam dan bertanya, “Siapakah semua orang ini yang tinggal dengan engkau?”

10. Bileam menjawab, “Mereka utusan Raja Balak dari tanah Moab untuk memberitahu aku

11. bahawa satu bangsa sudah datang dari Mesir, dan sekarang bangsa itu berada di merata-rata tempat. Raja Balak meminta aku mengutuk umat itu baginya, supaya Raja Balak dapat melawan dan mengusir mereka dari tanahnya.”

12. Allah berfirman kepada Bileam, “Jangan pergi bersama-sama mereka dan jangan kutuk umat Israel, kerana Aku sudah memberkati mereka.”

13. Keesokan paginya, Bileam bertemu dengan para utusan Raja Balak dan berkata, “Pulanglah, TUHAN tidak membenarkan saya pergi bersama-sama kamu.”

14. Oleh itu mereka kembali kepada Raja Balak dan memberitahunya bahawa Bileam tidak mahu datang bersama-sama mereka.

15. Kemudian Raja Balak mengutus lebih banyak lagi pemimpin yang berpangkat lebih tinggi daripada yang diutus mula-mula.

Bilangan 22