33. Tetapi keldaimu nampak aku dan keldai itu minggir tiga kali. Jika tidak, aku pasti membunuh engkau dan membiarkan keldaimu hidup.”
34. Bileam menjawab, “ Saya sudah berdosa. Saya tidak tahu bahawa tuan berdiri di hadapan untuk menghalangi saya. Jika pada pendapat tuan, saya tidak seharusnya pergi, baiklah saya pulang.”
35. Tetapi malaikat TUHAN berkata, “Pergilah bersama-sama semua orang ini, tetapi hanya katakan apa yang aku suruh engkau katakan.” Oleh itu Bileam meneruskan perjalanannya bersama-sama semua orang itu.
36. Apabila Raja Balak mendengar bahawa Bileam datang, baginda pergi berjumpa dengan dia di Ar, kota di pinggir Sungai Arnon di sempadan tanah Moab.
37. Raja Balak bertitah kepada Bileam, “Ketika beta memanggil kamu pada kali yang pertama, mengapakah kamu tidak datang? Adakah kamu menyangka bahawa beta tidak sanggup membayar upahmu?”
38. Bileam menjawab, “Sekarang hamba sudah datang, tetapi hamba tidak berhak mengatakan apa pun kecuali yang diperintahkan oleh Allah.”
39. Kemudian Bileam pergi bersama-sama Raja Balak ke kota Huzot.
40. Di situ Raja Balak menyembelih beberapa ekor lembu dan domba sebagai korban. Raja Balak memberikan sebahagian daripada daging itu kepada Bileam dan para pemimpin yang bersama dengan baginda.
41. Keesokan paginya Raja Balak membawa Bileam pergi ke Bamot-Baal. Di situ Bileam dapat melihat sebahagian daripada umat Israel.