18. Tetapi orang Edom menjawab, “Kami tidak membenarkan kamu melalui tanah kami! Jika kamu nekad juga, kami akan menyerang kamu.”
19. Orang Israel berkata, “Kami akan melalui jalan raya sahaja. Jika kami atau ternakan kami minum air kamu, kami akan membayarnya. Kami mahu lalu sahaja.”
20. Orang Edom berkata lagi, “Tidak boleh!” Kemudian mereka keluar dengan tentera yang kuat untuk menyerang orang Israel.
21. Oleh sebab orang Edom tidak membenarkan orang Israel melalui tanah mereka, orang Israel terpaksa mengambil jalan lain.
22. Semua orang Israel meninggalkan Kades lalu tiba di Gunung Hor,
23. di sempadan tanah Edom. Di sana TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,
24. “Harun tidak akan pergi ke tanah yang Aku janjikan kepada orang Israel. Dia akan meninggal kerana kamu berdua telah membantah perintah-Ku di Meriba.
25. Bawalah Harun dan Eleazar, anaknya, ke Gunung Hor.
26. Tanggalkanlah jubah imam yang dipakai Harun lalu kenakan jubah itu pada Eleazar. Harun akan meninggal di tempat itu.”
27. Musa pun mematuhi perintah TUHAN. Musa, Harun, dan Eleazar naik ke Gunung Hor sambil disaksikan oleh semua orang Israel.
28. Kemudian Musa menanggalkan jubah Harun dan mengenakannya pada Eleazar. Di atas gunung itu Harun meninggal, lalu Musa dan Eleazar turun.
29. Semua orang Israel mendengar bahawa Harun sudah meninggal, lalu mereka berkabung baginya selama tiga puluh hari.