Bilangan 19:20-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Sesiapa yang menjadi najis tetapi tidak melakukan upacara penyucian diri, akan tetap najis kerana air untuk upacara penyucian belum disiram ke atasnya. Orang itu menajiskan Khemah TUHAN dan tidak lagi dianggap anggota umat Allah.

21. Kamu harus mematuhi peraturan ini selama-lamanya. Orang yang memercikkan air untuk upacara penyucian itu mesti membasuh pakaiannya. Sesiapa yang menyentuh air untuk upacara penyucian itu menjadi najis sehingga matahari terbenam.

22. Apa sahaja yang disentuh oleh seorang yang najis akan menjadi najis, dan orang lain yang menyentuhnya juga menjadi najis sehingga matahari terbenam.

Bilangan 19