Bilangan 15:25-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

25. Imam akan melakukan upacara penyucian bagi umat. Dengan demikian mereka akan diampuni kerana kesalahan itu dibuat dengan tidak sengaja, dan korban untuk mengampunkan dosa sebagai persembahan makanan telah dipersembahkan kepada TUHAN.

26. Segenap umat Israel dan orang asing yang tinggal di kalangan mereka akan diampuni, kerana mereka semua terlibat dalam kesalahan yang tidak disengaja itu.

27. Apabila seorang sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja, dia harus mempersembahkan seekor kambing betina yang berumur satu tahun sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

28. Imam harus melakukan upacara penyucian di mazbah supaya orang itu disucikan daripada dosanya dan dia akan diampuni.

29. Peraturan yang sama berlaku bagi semua orang yang berdosa dengan tidak sengaja, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan mereka.

Bilangan 15