34. Kamu akan menanggung akibat dosa kamu selama empat puluh tahun, satu tahun untuk setiap hari daripada empat puluh hari yang kamu gunakan untuk menjelajahi tanah itu. Barulah kamu tahu bagaimana rasanya apabila Aku menentang kamu.
35. Aku bersumpah akan melakukan hal ini kepada kamu, umat jahat yang berkomplot untuk melawan Aku. Kamu semua akan mati di padang gurun ini. Aku, TUHAN telah berfirman.’ ”
36-37. Orang yang diutus oleh Musa untuk menjelajahi tanah itu memberikan laporan yang tidak benar, dan hal itu menyebabkan umat Israel bersungut terhadap TUHAN. Oleh itu TUHAN menghukum mereka dengan penyakit, lalu mereka meninggal.
38. Hanya Yosua dan Kaleb yang masih hidup di kalangan dua belas orang pengintip itu.
39. Setelah Musa menyampaikan firman TUHAN itu kepada umat Israel, mereka meratap dengan pilu.
40. Keesokan harinya, awal pagi, mereka bersiap-siap untuk menyerang daerah berbukit. Mereka berkata, “Kami mengaku telah berbuat dosa. Tetapi sekarang kami sudah bersiap untuk pergi ke tempat yang ditunjukkan TUHAN.”
41. Tetapi Musa menjawab, “Mengapakah kamu melawan perintah TUHAN sekarang? Kamu tidak akan berjaya!
42. Jangan pergi, kerana TUHAN tidak menyertai kamu. Kamu akan dikalahkan oleh musuh.