Barukh 4:9-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Yerusalem melihat kamu ditimpa kemurkaan Allah, maka Yerusalem berkata kepada jiran-jirannya, “Lihatlah kesedihan besar yang ditimpakan Allah kepadaku!

10. Aku melihat anak-anakku ditawan, sebagaimana yang didatangkan Allah yang kekal kepada mereka.

11. Mereka telah kuasuh dengan sukacita; sekarang aku berdukacita dan menangis melihat mereka dibawa pergi.

12. Janganlah sesiapa pun bergembira kerana aku; aku ini balu yang kehilangan banyak anak. Aku ditinggalkan seorang diri kerana anak-anakku telah berdosa, oleh sebab mereka meninggalkan Taurat Allah.

13. Mereka tidak mengendahkan peraturan-peraturan-Nya, tidak menjalankan perintah-perintah-Nya dan tidak mengikut jalan kebenaran yang dikehendaki Tuhan.

14. Marilah, hai jiran-jiranku, ingatlah akan anak-anakku yang tertawan, sebagaimana didatangkan Allah yang kekal kepada mereka.

Barukh 4