Barukh 4:4-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Sungguh berbahagialah kita orang Israel, kerana kita tahu akan apa yang berkenan kepada Tuhan Allah.

5. Kuatkanlah hatimu, hai bangsaku yang mengabadikan nama Israel.

6. Kamu sudah dijual kepada bangsa-bangsa asing, tetapi tidak akan dibinasakan. Kamu telah membuat Allah murka, sehingga diserahkan kepada musuh-musuh kamu.

7. Kamu telah membangkitkan kemurkaan Pencipta kamu dengan mempersembahkan korban kepada syaitan dan bukan kepada Allah.

8. Kamu melupakan Allah yang kekal, yang mengasuh kamu sejak kecil dan kamu mendukakan Yerusalem yang menjadi seperti ibu kepada kamu.

9. Yerusalem melihat kamu ditimpa kemurkaan Allah, maka Yerusalem berkata kepada jiran-jirannya, “Lihatlah kesedihan besar yang ditimpakan Allah kepadaku!

10. Aku melihat anak-anakku ditawan, sebagaimana yang didatangkan Allah yang kekal kepada mereka.

11. Mereka telah kuasuh dengan sukacita; sekarang aku berdukacita dan menangis melihat mereka dibawa pergi.

12. Janganlah sesiapa pun bergembira kerana aku; aku ini balu yang kehilangan banyak anak. Aku ditinggalkan seorang diri kerana anak-anakku telah berdosa, oleh sebab mereka meninggalkan Taurat Allah.

Barukh 4