Barukh 4:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Kebijaksanaan ialah kitab perintah-perintah Allah, Taurat Musa yang tetap untuk selama-lamanya. Semua orang yang berpegang padanya akan hidup, tetapi orang yang meninggalkannya akan mati.

2. Hai Israel, berbaliklah dan peganglah kebijaksanaan itu dengan teguh. Berjalanlah menuju pancaran cahayanya.

3. Jangan serahkan keagungan dan kemujuran kamu kepada bangsa asing.

4. Sungguh berbahagialah kita orang Israel, kerana kita tahu akan apa yang berkenan kepada Tuhan Allah.

5. Kuatkanlah hatimu, hai bangsaku yang mengabadikan nama Israel.

6. Kamu sudah dijual kepada bangsa-bangsa asing, tetapi tidak akan dibinasakan. Kamu telah membuat Allah murka, sehingga diserahkan kepada musuh-musuh kamu.

7. Kamu telah membangkitkan kemurkaan Pencipta kamu dengan mempersembahkan korban kepada syaitan dan bukan kepada Allah.

Barukh 4