1. Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, Allah Israel, dengan hati yang hancur luluh kami berseru kepada-Mu.
2. Dengarlah ya Tuhan, dan kasihanilah kami, oleh sebab kami telah berdosa terhadap Engkau.
3. Engkau kekal memerintah sebagai raja, sedangkan kami mati dan lenyap untuk selama-lamanya.
4. Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, Allah Israel, dengarlah doa kami yang sudah hampir mati. Nenek moyang kami telah berdosa terhadap Engkau, Tuhan, Allah mereka. Mereka tidak mahu taat kepada-Mu, oleh itu kami sekarang menanggung bencana-bencana.
5. Janganlah ingat akan kejahatan nenek moyang kami, tetapi pada masa seperti ini ingatlah sahaja akan kekuasaan dan kemasyhuran-Mu,
6. oleh sebab Engkaulah Tuhan, Allah kami, maka kami mahu memuji Engkau.
20-21. Lalu lahirlah generasi baru yang mendiami bumi ini. Tetapi mereka tidak menemukan atau memahami jalan pengetahuan, dan anak cucu mereka tersesat lebih jauh lagi.