Barukh 2:31-35 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

31. dan menyedari bahawa Aku ini Tuhan, Allahmu. Kamu akan Kuberi hati yang taat dan suka mendengarkan Aku.

32. Di negeri pembuanganmu, kamu akan ingat kepada-Ku dan memuji Aku.

33. Kamu tidak akan lagi berdegil atau berbuat jahat, oleh sebab kamu ingat akan apa yang menimpa nenek moyang kamu ketika mereka berdosa terhadap Tuhan.

34. Lalu kamu akan Kubawa kembali ke negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang kamu, kepada Abraham, Ishak dan Yakub, dan negeri itu akan menjadi milik kamu semula. Aku akan melipatgandakan bilangan kamu dan jumlah kamu tidak akan berkurang lagi.

35. Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan kamu: Aku menjadi Allah kamu dan kamu Israel menjadi umat-Ku. Kamu tidak akan lagi Kusingkirkan dari negeri yang sudah Kuberikan kepada kamu.’

Barukh 2