Barukh 1:19-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Sejak Tuhan membawa nenek moyang kami keluar dari Mesir hingga hari ini, kami tidak setia kepada-Nya. Kami meremehkan Tuhan dan tidak mengikut perintah-Nya.

20. Oleh itu sehingga sekarang kami ditimpa bencana dan laknat yang diperintahkan Tuhan terhadap kami melalui Musa hamba-Nya, ketika Tuhan membawa nenek moyang kami keluar dari Mesir untuk memberi sebuah negeri yang kaya dan subur kepada kami.

21. Kami tidak mahu mendengarkan pesan Tuhan yang disampaikan kepada kami melalui para nabi.

22. Sebaliknya kami mengikut keinginan jahat hati kami dengan menyembah dewa-dewa dan melakukan perbuatan-perbuatan yang dibenci Tuhan, Allah kami.

Barukh 1