3. Bagaimanakah orang boleh berbantah dengan Dia?Seribu soalan boleh diajukan oleh Allah,tetapi satu pun tidak dapat dijawab oleh sesiapa.
4. Allah amat bijak dan berkuasasehingga tiada seorang pun dapat menentang Dia.
5. Dia memindahkan gunung dengan tiba-tiba,dan memusnahkannya ketika murka.
6. Allah menggempakan bumi dan menggegarkan tanah;Dia menggoyangkan tiang penyangga dunia.
7. Allah dapat melarang matahari terbit,dan melarang bintang-bintang bersinar pada waktu malam.
8. Tiada sesiapa yang menolong Allah membentangkan langit,ataupun memijak belakang naga laut.
9. Allah menempatkan bintang-bintang di langit;Biduk, Orion, Kartika, dan bintang-bintang selatan.
27-28. Jika aku tersenyum dan cuba melupakan derita,segala dukaku kembali memburu aku;aku tahu bahawa Allah menyalahkan aku.
29. Allah telah menyalahkan aku, peduli apa aku?
30. Tiada sabun yang dapat menghilangkan dosaku.
31. Allah melemparkan aku ke dalam kotoran,hingga pakaianku pun menganggap aku menjijikkan.
32. Sekiranya Allah itu manusia,aku akan dapat menjawab Dia;kami akan pergi ke tempat pengadilanuntuk membicarakan pertengkaran.
33. Tetapi tiada sesiapa yang dapat menjadi pengantarayang dapat mengadili kami berdua.
34. Ya Allah, berhentilah menghukum aku,berhentilah menakutkan aku.