Ayub 8:17-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. Akarnya melilit batu,dan mencengkam setiap batu itu.

18. Tetapi setelah rumpai dicabuttiada orang tahu bahawa rumpai pernah di situ.

19. Memang, itu sahaja keriangan bagi orang jahat;kini orang lain yang mengambil tempat mereka.

20. Tetapi Allah tidak pernah meninggalkan orang yang setia,Dia tidak pernah menolong orang yang durjana.

21. Dia akan membiarkan engkau tertawadan bersorak-sorak dengan gembira,

22. tetapi orang yang membenci engkau akan dipermalukan,dan tempat kediaman orang jahat akan dimusnahkan.”

Ayub 8