Ayub 42:14-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Dia menamakan anak perempuannya yang sulung Yemima, yang kedua Kezia, dan yang bongsu Kerenhapukh.

15. Tiada gadis di seluruh negeri yang secantik anak-anak perempuan Ayub. Mereka mewarisi harta Ayub bersama dengan saudara lelaki mereka.

16. Selepas itu Ayub hidup seratus empat puluh tahun sehingga dapat melihat cucu-cicitnya.

17. Lalu Ayub meninggal dalam usia yang sangat lanjut.

Ayub 42