8. Sentuhlah Lewiatan sekali sahaja dan engkau tidak akan mencuba lagi;engkau tidak akan melupakan perlawanan itu!
9. Sesiapa yang melihat Lewiatanakan kehilangan semangat dan pengsan.
10. Lewiatan garang apabila dibangunkan daripada tidurnya;tiada seorang pun berani berdiri di hadapannya.
11. Siapakah yang dapat menyerangnya tanpa mendapat luka?Tiada sesiapa pun di bumi dapat melakukannya.
12. Aku akan memberitahu engkau tentang kaki makhluk raksasa itu,dan tentang kekuatannya dan bentuk badannya yang tampan itu.
13. Tiada sesiapa yang dapat mengoyakkan baju luarnya,atau menembusi baju zirah yang dipakainya.
14. Siapakah yang dapat membuka muncungnya yang kuat,yang mempunyai gigi yang dahsyat?
15. Belakangnya seperti perisai yang tersusun,yang terlekat rapat dan keras seperti batu.
16. Tindih-menindih, terikat eratsehingga angin pun tidak dapat masuk meresap.
17. Semuanya terlekat dengan sempurnasehingga tidak dapat dipisahkan.
18. Cahaya berkilau apabila Lewiatan bersin,dan matanya bersinar seperti matahari yang terbit.
19. Api keluar dari mulutnya,dan bunga api berterbangan.
20. Asap berkepul-kepul keluar dari hidungnya,seperti periuk yang dipanaskan sehingga isinya mendidih.
21. Nafasnya menyalakan bara;api keluar dari mulutnya.
22. Lehernya sangat kuat,sehingga orang yang menemuinya takut.