Ayub 38:4-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Adakah engkau hadir ketika Aku mencipta dunia?Jika engkau sangat pandai, jawablah.

5. Siapakah yang menentukan keluasan dunia?Siapakah yang merentangkan tali ukur untuk mengukurnya?Tahukah engkau jawapannya?

6. Apakah yang menyangga tiang-tiang bumi?Siapakah yang meletakkan batu penjuru dunia ini,

7. pada waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama,dan makhluk-makhluk syurga bersorak gembira?

8. Siapakah yang menutup pintu untuk membendung samuderaketika air memancar keluar dari rahim bumi?

9. Akulah yang meliputi laut dengan awandan menyelimutinya dengan kegelapan.

10. Aku menentukan sempadan samuderadan dengan pintu berpalang Aku membendungnya.

11. Aku memberitahunya, ‘Hingga di sini sahaja, dan tidak lebih jauh lagi!Di sinilah ombakmu yang kuat mesti berhenti.’

12. Hai Ayub, pernahkah dalam hidupmu engkau mendatangkan pagi,dan memerintah fajar merekah?

13. Pernahkah engkau menyuruh fajar menguasai bumidan mengebas orang jahat dari tempat mereka bersembunyi?

14. Cahaya matahari menampakkan bukit dan lembahsejelas cap pada tanah liat dan lipatan pada jubah.

15. Cahaya matahari terlalu cerah untuk orang yang melakukan kejahatan,dan menghalang mereka daripada melakukan keganasan.

Ayub 38