Ayub 36:21-33 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

21. Waspadalah, jangan berpaling kepada kejahatan;penderitaan didatangkan untuk menjauhkan engkau daripada kejahatan.

22. Ingatlah, kuasa Allah sungguh besar.Dialah guru yang maha besar.

23. Tiada sesiapa yang boleh memberitahu Allah apa yang harus dilakukan,ataupun menuduh Dia melakukan kejahatan.

24. Allah sentiasa dipuji kerana perbuatan-Nya;engkau juga mesti menyanjung Dia.

25. Semua orang telah melihat perbuatan-Nya;tetapi kita dapat memandang dari jauh sahaja.

26. Kita tidak dapat mengetahui keagungan Allah dengan sepenuhnya,ataupun mengira jumlah tahun-Nya.

27. Allah yang menarik air dari bumi ke langit,dan mengubahnya menjadi titisan air hujan.

28. Dia membiarkan air mencurah dari mega,menjadi hujan yang turun ke atas semua manusia.

29. Tiada sesiapa yang tahu caranya awan bergerak,atau guruh mengguntur di langit tempat kediaman Allah.

30. Dia menerangi seluruh langit dengan kilat,tetapi dasar laut tetap gelap pekat.

31. Itulah cara Dia memberikan makanan kepada manusia,dan menyediakan makanan yang berlimpah-limpah.

32. Dia menangkap kilat dengan tangan,lalu menyuruhnya menyambar sasaran.

33. Bunyi guruh menandakan bahawa ribut akan melanda,dan ternakan pun tahu bahawa badai segera tiba.

Ayub 36