Ayub 36:14-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Mereka mati ketika masih muda,kerana hidup mereka penuh aib.

15. Tetapi Allah mengajar manusia melalui penderitaandan menginsafkan mereka melalui kesusahan.

16. Allah telah melepaskan engkau daripada kesusahan,dan membiarkan engkau menikmati keamanan,dan mejamu dipenuhi makanan.

17. Tetapi kini, setimpal dengan kejahatanmu,engkau menerima hukumanmu.

18. Waspadalah, jangan biarkan rasuah menipu engkau,dan jangan biarkan kekayaan menyesatkan engkau.

19. Tiada gunanya engkau berteriak minta bantuan;segenap tenagamu tidak dapat memberikan pertolongan.

20. Jangan rindukan malam yang gelap,waktunya bangsa-bangsa binasa dan lenyap.

21. Waspadalah, jangan berpaling kepada kejahatan;penderitaan didatangkan untuk menjauhkan engkau daripada kejahatan.

22. Ingatlah, kuasa Allah sungguh besar.Dialah guru yang maha besar.

Ayub 36